Wednesday, December 21, 2011

Kelas Terakhir Bagi Sem 1

            Ini merupakan kelas terakhir bersama Puan An Ne bagi semester 1. Macam tak percaya dah nak habis belajar...rasanya belum penuh ilmu di dada...kemudian pula nak menduduki exam semester 1 bagi paper SPM2102. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Tapi.... pagi ni berdebar-debar sangat sebab Midterm Test dimulakan jam 9.15 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Ya Allah! Agaknya macam ni ler rasanya bila  dalam exam sebenar.
           Tugasan berkumpulan telah dibentangkan oleh setiap wakil ahli kumpulan berkenaan pembinaan aturcara pendaftaran pelajar dan pengiraan markah pelajar serta aturcara yang kreatif dan unik dalam bentuk PowerPoint. Di sini kita dapat berkongsi ilmu dengan rakan dari kumpulan lain yang berbeza idea bagi penghasilan aturcara yang telah dibina.Memang menarik dan satu pembelajaran baru yang di mana kita berkongsi ilmu serta Puan An Ne dapat memberi komen secara terus agar kami dapat memperbaiki kesilapan dan membuat yang terbaik. 
           Terima kasih kepada pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada kami dan kepada kawan2 yang bersama dari awal hingga akhir telah memberikan kerjasama yang baik agar kita semua secara keseluruhannya dapat bersama-sama mencapai kejayaan yang terbaik. Amin...
        

Pertemuan ke-3 kelas C++

           Pada pertemuan kali ini kami telah diajar mengenai tatasusunan(arrays),rentetan aksara, File Handling, Fungsi , Struktur Kawalan Dengan Sintak C++. Nota-nota ini ,Puan An Ne telah masukkan di halaman Schoology yang memudahkan kami membuat rujukan semasa di dalam kelas.
           Kami juga telah diberikan soalan kuiz sebagai pengukuhan pelajaran C++ ini. Walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pemahaman yang mendalam untuk menjawab soalan yang diberikan. Mencabar minda juga sebab dalam Bahasa Inggeris katakan..hmmmm...alhamdulilah selesai jugak.
        Puan An Ne menasihati kami agar banyak membuat latihan tentang membuat aturcara ini agar lebih cepat faham. Latihan aturcara telah diberikan supaya kami tahu menggunakan coding dengan betul. Haaa....maka sebelum pulang Puan An Ne telah memberikan kami tugasan berkumpulan untuk diselesaikan iaitu menyemak aturcara dan memperbetulkan ralat yang terdapat dalam aturcara tersebut.Huiiiii..nampak macam senang sebab tinggal betulkan je tapi pening kepala juga nak cari apa yang ralat tu!.Yesss!Akhirnya berkat kerjasama di dalam kumpulan bersama Zaharah dan Zalipah kami berjaya menghantar tugasan dalam bentuk e-mail sebelum pulang pada jam 6.30 petang. 
        Terima Kasih Puan An Ne yang telah mendidik kami supaya lebih berdikari dalam belajar.Bila kita tau susah nak dapatkan ilmu ni lagi kita akan  menghargainya sampai bila-bila.

Sunday, October 23, 2011

Pertemuan kedua pada 15 Oktober 2011

           Sebelum bermula kuliah kedua Puan An Ne telah berpesan agar kami bersedia untuk menghadapi menjawab soalan kuiz dengan mengulangkaji dan membaca nota-nota yang telah diberikan. Soalan yang diberikan nampak macam mudah sebab objektif berbentuk betul atau salah tapi pening juga kepala nak menjawab sebab nampak mengelirukan.Nak jawab betul, takut salah tapi nak jawab salah pula ,nanti betul pula jawapannya.
          Setelah selesai kami didedahkan oleh Puan An Ne  tentang cara membuat carta alir dan kod pseudo yang betul. Kami telah diajar untuk menggunakn aturcara menggunakan program Borland C++ 5.02 satu persatu mengikut langkah demi langkah yang betul. Ianya memang satu ilmu yang baru dan amat bermakna kepada saya baru belajar  yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar Puan An Ne yang luas pengalaman dan ilmunya.

Wednesday, October 12, 2011

C++

Hari pertama kuliah UTM pada 2 Oktober 2011, buat pertama kali juga di dalam hidup saya didedahkan dengan C++ iaitu pengaturcaraan komputer dengan bimbingan Puan Nuzulla.  C/C++ ialah  bahasa paling neutral untuk semua platform dan merupakan peneraju teknologi pengkomputeran.Ia adalah  medium untuk mengubah suatu prosedur kepada kod mesin.
Saya telah mempelajari  apa yang dikatakan aturcara komputer dan bagaimana cara membuat kod  pseudo dan carta alir bagi membentuk logik aturcara komputer .C++  ini akan dapat membantu guru memahami komputer bagi menghasilkan perisian pendidikan dengan menggunakan pengaturcaraan.
Maka disini kita gunakan suatu bahasa pengaturcaraan untuk menyelesaikan permasalahan dengan komputer dengan menggunakan C++. Oleh itu, kita dapat menguasai bahasa tersebut dengan mudah.
Bagi meningkatkan kefahaman saya terhadap C++, saya akan terus ulangkaji dan membuat latihan berterusan...Insyaalah.

Wednesday, June 9, 2010

BELAJAR DARIPADA ALAM

Alam ini adalah maha Kerya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan.

Alam ini bukan hanya dilengkapkan dengan makanan, ubat-ubatan, perlindungan dan pakaian, tetapi alam ini juga membekalkan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi menjayakan misi kedatangan manusia. Alam yang tersedia ini turut membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang manusia harus belajar di dalamnya pada setiap masa, keadaan dan suasana.

Alam ialah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenal dan mencintai Penciptanya. bulan, matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada Alllah. Dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Friday, May 14, 2010

Bicara Kata Hikmah Buat Renungan

Jika engkau perlukan nikmat dunia


cukuplah Islam itu menjadi nikmat bagimu.

Jika engkau ingin menjadi asyik

maka cukuplah ketaatan itu menjadi keasyikanmu.

Jika engkau mahu pengajaran

maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran

Saiyidina Ali





Tunaikan apa yang telah diwajibkan Allah ke atasmu

maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadatnya.

Jauhilah larangan-larangan Allah

maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud.

Terimalah dengan senang apa yang telah diberikan Allah kepadamu

maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya

Abdulah Bin Mas’ud





Orang yang tamak tu fakir

sekalipun dunia ini menjadi miliknya.

Orang yang taat itu mesti dipatuhi

walaupun dia seorang hamba.

Dan orang yang tidak tamak adalah orang yang kaya

sekalipun dia lapar

Ahli falsafah Islam







Saidina Abu Bakar berkata



Di depan kita Iblis, di belakang dunia, di

kaan nafsu, di kiri hawa, di sekeliling kita adalah anggota tubuh badan kita.

Iblis yang berada di depan kita sentiasa mengajak kita supaya mengikut Iblis dan meninggalkan Allah, dunia mengajak kita mengambil dunia dan meninggalkan akhirat, nafsu mengajak kita kepada maksiat, hawa mengajak kepada syahwat manakala seluruh anggota badan sentiasa mengajak supaya mengerjakan larangan Allah dan Allah sentiasa mengajak kamu kepada keampunan dan syurga.



Kata Saidina Abu Bakar lagi,



Siapa yang mengikut Iblis, rosaklah imannya, siapa yang mengikut ajakan dunia, rosaklah akhiratnya, siapa yang mengikut ajakan nafsu maka rosaklah rohnya, siapa yang mengikut ajakan hawa maka rosaklah akalnya, siapa yang ikut ajakan seluruh anggota badannya maka rosaklah segala amalannya dan siapa yang mengikut Allah maka berolehlah baginya keampunan dan berhaklah baginya syurga

GURU

Hidup seorang guru sungguh bahagia


Terkenang jasa diluput tidak

Tapi pena orang luar

Bila berbicara soal guru

Aku menjawab tenang



Orang kata guru itu payah

Siang pergi malam kerja

Aku kata guru itu mudah

Siang bergaji malam bahagia

Pagi tak pernah rugi

Malam tidurpun selesa



Orang kata guru itu penat

Gaji tak seberapa kerja berlambak

Aku kata guru itu rehat

Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat

Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat

Ilmu yang dicurah tak dapat disekat

Makin dicurah makin mendekat



Orang kata guru itu sungguh bosan

Setiap tahun muka sama setiap bulan

Aku kata guru itu singguh riang

Sekali berkata murid ketawa girang

Bila berjaya murid terus menjulang

Jasa bakti tak pernah hilang



Orang kata guru itu sepi

Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni

Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi

Aku kata guru itu "happy"

Jasa bakti dipercayai

Masuk kedalam hutan untuk berbakti

Pada bangsa anak pertiwi

Agak kelak menabur bakti

Setelah keluar dari IPT



Orang kata guru itu susah

Orang berkereta mewah berbatunya rumah

Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena

Aku kata guru itu senang

Kereta tak ada tak bayar hutang

Rumah sederhana berhati tenang

Tidur lena pencuri tak datang

Tak dapat pindah bukan penghalang

Menerus hidup seorang pejuang



Orang kata apa boleh dikata

Kalau hati sudah dimahkota

Janji guru janji dikota

Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta

Jangan takut bila dikata

Janji kita harus dikota

Luput tidak diingat dikata.