Hari pertama kuliah UTM pada 2 Oktober 2011, buat pertama kali juga di dalam hidup saya didedahkan dengan C++ iaitu pengaturcaraan komputer dengan bimbingan Puan Nuzulla. C/C++ ialah bahasa paling neutral untuk semua platform dan merupakan peneraju teknologi pengkomputeran.Ia adalah medium untuk mengubah suatu prosedur kepada kod mesin.
Saya telah mempelajari apa yang dikatakan aturcara komputer dan bagaimana cara membuat kod pseudo dan carta alir bagi membentuk logik aturcara komputer .C++ ini akan dapat membantu guru memahami komputer bagi menghasilkan perisian pendidikan dengan menggunakan pengaturcaraan.
Maka disini kita gunakan suatu bahasa pengaturcaraan untuk menyelesaikan permasalahan dengan komputer dengan menggunakan C++. Oleh itu, kita dapat menguasai bahasa tersebut dengan mudah.
Bagi meningkatkan kefahaman saya terhadap C++, saya akan terus ulangkaji dan membuat latihan berterusan...Insyaalah.
Wednesday, October 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment