Wednesday, December 21, 2011

Kelas Terakhir Bagi Sem 1

            Ini merupakan kelas terakhir bersama Puan An Ne bagi semester 1. Macam tak percaya dah nak habis belajar...rasanya belum penuh ilmu di dada...kemudian pula nak menduduki exam semester 1 bagi paper SPM2102. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Tapi.... pagi ni berdebar-debar sangat sebab Midterm Test dimulakan jam 9.15 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Ya Allah! Agaknya macam ni ler rasanya bila  dalam exam sebenar.
           Tugasan berkumpulan telah dibentangkan oleh setiap wakil ahli kumpulan berkenaan pembinaan aturcara pendaftaran pelajar dan pengiraan markah pelajar serta aturcara yang kreatif dan unik dalam bentuk PowerPoint. Di sini kita dapat berkongsi ilmu dengan rakan dari kumpulan lain yang berbeza idea bagi penghasilan aturcara yang telah dibina.Memang menarik dan satu pembelajaran baru yang di mana kita berkongsi ilmu serta Puan An Ne dapat memberi komen secara terus agar kami dapat memperbaiki kesilapan dan membuat yang terbaik. 
           Terima kasih kepada pensyarah atas ilmu yang dicurahkan kepada kami dan kepada kawan2 yang bersama dari awal hingga akhir telah memberikan kerjasama yang baik agar kita semua secara keseluruhannya dapat bersama-sama mencapai kejayaan yang terbaik. Amin...
        

Pertemuan ke-3 kelas C++

           Pada pertemuan kali ini kami telah diajar mengenai tatasusunan(arrays),rentetan aksara, File Handling, Fungsi , Struktur Kawalan Dengan Sintak C++. Nota-nota ini ,Puan An Ne telah masukkan di halaman Schoology yang memudahkan kami membuat rujukan semasa di dalam kelas.
           Kami juga telah diberikan soalan kuiz sebagai pengukuhan pelajaran C++ ini. Walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pemahaman yang mendalam untuk menjawab soalan yang diberikan. Mencabar minda juga sebab dalam Bahasa Inggeris katakan..hmmmm...alhamdulilah selesai jugak.
        Puan An Ne menasihati kami agar banyak membuat latihan tentang membuat aturcara ini agar lebih cepat faham. Latihan aturcara telah diberikan supaya kami tahu menggunakan coding dengan betul. Haaa....maka sebelum pulang Puan An Ne telah memberikan kami tugasan berkumpulan untuk diselesaikan iaitu menyemak aturcara dan memperbetulkan ralat yang terdapat dalam aturcara tersebut.Huiiiii..nampak macam senang sebab tinggal betulkan je tapi pening kepala juga nak cari apa yang ralat tu!.Yesss!Akhirnya berkat kerjasama di dalam kumpulan bersama Zaharah dan Zalipah kami berjaya menghantar tugasan dalam bentuk e-mail sebelum pulang pada jam 6.30 petang. 
        Terima Kasih Puan An Ne yang telah mendidik kami supaya lebih berdikari dalam belajar.Bila kita tau susah nak dapatkan ilmu ni lagi kita akan  menghargainya sampai bila-bila.