Ibu,
Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku hidup dengan semangatmu yang sentiasa membara itu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah, punya impian yang besar tidak sepadan langsung dengan tubuh kecilmu itu. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu, aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatan ku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana berjaya menitiskan air mata gembiramu.
Ibuku,
Bait-bait bicaraku kini sudah sampai ke penghujungnya, aku belum puas meluahkan bicara hatiku, tapi apa dayaku masa mencemburuiku, aku perlu bergegas ke dewan peperiksaan, menjawab kertas ke-4 ku hari ini ibu. Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang bulan ini ibu, ingin aku ucapkan padamu ibu
"SELAMAT HARI IBU" untuk ibu, wanita yang paling aku sayang dalam hayatku, dan nantikan kepulanganku, tapi ibu maaf ku pohon kerana aku mungkin tak mampu meraikan tepat pada masanya sebab tuntutan tugas mengekang hasratku. Kakak sayangkan ibu, cintakan ibu dalam setiap helaan nafas ini, dalam setiap atur langkah kaki ini ibu.
Salam sayang dan rindu,
biar jarak masa,
dan tempat memisahkan kita,
tapi ibu sentiasa di hati ini,
selalu dalam jiwaku,
Bersatu dalam semangatku
Dari anak kecilmu
Haryati Hamdi….
~luahan hati ni, kepada teman-temanku , sekalian hargailah ibu anda, bukan sahaja pada hari ibu, tetapi untuk setiap waktu dan ketika, Buat wanita kesayanganku Pn Saini Binti Hj Padilan, "SELAMAT HARI IBU kakak ucapkan, kakak sayangkan ibu dan terima kasih sebab sanggup mengandungkan kakak selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan adik ke dunia ini. Terima kasih atas setiap titisan air susu yang mengalir dalam tubuh adik selama 2 tahun, terima kasih atas segalanya, ikhlas dari anakmu Haryati "~
Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment