Jika engkau perlukan nikmat dunia
cukuplah Islam itu menjadi nikmat bagimu.
Jika engkau ingin menjadi asyik
maka cukuplah ketaatan itu menjadi keasyikanmu.
Jika engkau mahu pengajaran
maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran
Saiyidina Ali
Tunaikan apa yang telah diwajibkan Allah ke atasmu
maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadatnya.
Jauhilah larangan-larangan Allah
maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud.
Terimalah dengan senang apa yang telah diberikan Allah kepadamu
maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya
Abdulah Bin Mas’ud
Orang yang tamak tu fakir
sekalipun dunia ini menjadi miliknya.
Orang yang taat itu mesti dipatuhi
walaupun dia seorang hamba.
Dan orang yang tidak tamak adalah orang yang kaya
sekalipun dia lapar
Ahli falsafah Islam
Saidina Abu Bakar berkata
Di depan kita Iblis, di belakang dunia, di
kaan nafsu, di kiri hawa, di sekeliling kita adalah anggota tubuh badan kita.
Iblis yang berada di depan kita sentiasa mengajak kita supaya mengikut Iblis dan meninggalkan Allah, dunia mengajak kita mengambil dunia dan meninggalkan akhirat, nafsu mengajak kita kepada maksiat, hawa mengajak kepada syahwat manakala seluruh anggota badan sentiasa mengajak supaya mengerjakan larangan Allah dan Allah sentiasa mengajak kamu kepada keampunan dan syurga.
Kata Saidina Abu Bakar lagi,
Siapa yang mengikut Iblis, rosaklah imannya, siapa yang mengikut ajakan dunia, rosaklah akhiratnya, siapa yang mengikut ajakan nafsu maka rosaklah rohnya, siapa yang mengikut ajakan hawa maka rosaklah akalnya, siapa yang ikut ajakan seluruh anggota badannya maka rosaklah segala amalannya dan siapa yang mengikut Allah maka berolehlah baginya keampunan dan berhaklah baginya syurga
Friday, May 14, 2010
GURU
Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

Teristimewa Buat Ibu (SeLaMat HaRi IbU)
Ibu,
Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku hidup dengan semangatmu yang sentiasa membara itu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah, punya impian yang besar tidak sepadan langsung dengan tubuh kecilmu itu. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu, aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatan ku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana berjaya menitiskan air mata gembiramu.
Ibuku,
Bait-bait bicaraku kini sudah sampai ke penghujungnya, aku belum puas meluahkan bicara hatiku, tapi apa dayaku masa mencemburuiku, aku perlu bergegas ke dewan peperiksaan, menjawab kertas ke-4 ku hari ini ibu. Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang bulan ini ibu, ingin aku ucapkan padamu ibu
"SELAMAT HARI IBU" untuk ibu, wanita yang paling aku sayang dalam hayatku, dan nantikan kepulanganku, tapi ibu maaf ku pohon kerana aku mungkin tak mampu meraikan tepat pada masanya sebab tuntutan tugas mengekang hasratku. Kakak sayangkan ibu, cintakan ibu dalam setiap helaan nafas ini, dalam setiap atur langkah kaki ini ibu.
Salam sayang dan rindu,
biar jarak masa,
dan tempat memisahkan kita,
tapi ibu sentiasa di hati ini,
selalu dalam jiwaku,
Bersatu dalam semangatku
Dari anak kecilmu
Haryati Hamdi….
~luahan hati ni, kepada teman-temanku , sekalian hargailah ibu anda, bukan sahaja pada hari ibu, tetapi untuk setiap waktu dan ketika, Buat wanita kesayanganku Pn Saini Binti Hj Padilan, "SELAMAT HARI IBU kakak ucapkan, kakak sayangkan ibu dan terima kasih sebab sanggup mengandungkan kakak selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan adik ke dunia ini. Terima kasih atas setiap titisan air susu yang mengalir dalam tubuh adik selama 2 tahun, terima kasih atas segalanya, ikhlas dari anakmu Haryati "~

Teristimewa Buat Guru (SeLaMaT HaRi GuRu)
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Soalan Duga Akal -Imam Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Ali Imran 185). Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. Lantas pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang..... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Petua Menghafal Ayat-ayat Al-Quran
Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitabsuci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".
Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'an
Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagianataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebutbahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorangmuslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.
Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Thebest amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'an
Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.
a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosatidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satupetikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal denganbaik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. Quran
b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan didalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafalayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayatQuran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) Quran
e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)
f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.
h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kitalakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik

PETUA
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghindari Penyakit Kulit
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.

Melebatkan Rambut
Masukkan air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.

Sumpahan Ular dan Lipan
Apabila kita terjumpa ular jangan kita sebut ular sebaliknya panggillah "Akar Rotan". Bila jumpa lipan pula, jangan dipanggil lipan sebaliknya "Tukang Lauk". Dengan panggilan tersebut, kedua-dua binatang itu menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya.

Sihat Zahir Batin Selepas Bersalin
Mengikut cara org tua-tua, semasa dalam pantang jangan sekali-kali tidur terlentang kerana takut kesihatan zahir batin terganggu. Sebaliknya, semasa dalam pantang hendaklah tidur bersandarkan bantal dan jangan makan makanan yg berminyak. Selepas pantang kelak, anda akan kelihatan segar dan berseri dengan mengamalkan petua ini.

Minuman Dimasuki Lalat
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum.
(Intipati dari hadis)

Petua Memotong Kuku
Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Mengetahui Jantina Anak dalam Kandungan
Perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih berseri berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. Segalanya dengan izin Allah.

Naikkan Seri Wajah
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
Petua Mengasah Pisau /Senjata
Jangan diasah senjata seperti parang dan pisau sewaktu perut terlalu kenyang. Semasa mengasahnya, mata hujungnya jangan dihalakan ke badan kita. InsyaAllah selamat.

Mencari Atau Mengingati Sesuatu Benda Yang Terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

Petua Awet Muda dari Ustaz Ismail Kamus
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam - sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yg baik dan niat kerana Allah.

Menghilangkan Rasa Pening Kepala
Setiap kali mandi, anda haruslah mengambil air dari hujung rambut anda. Ambil air tersebut sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat ke atas nabi. InsyaAllah, sekiranya petua ini diamalkan anda akan merasai perubahannya.

Petua Menyarung Kain Batik
Mungkin anda tidak terfikir bahawa cara menyarung pakaian juga mempengaruhi seri wajah seseorang. Satu petua orang tua-tua yang boleh diamalkan ialah ketika menyarung kain batik, jangan sesekali menyarungnya dari kepala ke bawah. Sebaliknya sarunglah kain batik bermula dari kaki. InsyaAllah seri muka tidak hilang.

Untuk Senang Tidur Malam
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba petua ini. Jika dapat, biarkan kita tidur dalam keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya. Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran. Sebelum tidur pula,ambil lemon dan belah dua. Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala kepala. Insyaallah, boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.

Petua Awet Muda
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.
Awet Muda (Urutan wajah)
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan

Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.
Menyah Bau Ketiak
Untuk mengelak ketiak berbau tengik , ketika mandi sapukan ketiak dengan kepala lutut beberapa kali. Amalkan setiap hari.

Menghindari Penyakit
Petua 1 : Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain menghindarkan penyakit ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Petua 2 : Menahan nafas ketika minum juga dapat mengekalkan kesihatan badan.
Mata Terkena Cili
Petua 1 : Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu. Selamat mencuba

Petua 2 : Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.
Petua 3: Gosokkan dengan hujung rambut.
Memudahkan Segala Urusan
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. Baca dengan niat yang ikhlas.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling.Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Penawar Ilmu Pukau
Peliharalah seekor ikan puyu di dalam rumah, banyak khasiatnya. Namun kepada Allah jua kita berserah.

Penawar Pengsan
Ambillah segelas air dan baca "Ayat Kursi" sebanyak 11 kali. Sapu air tersebut ke muka, kepala dan badannya lalu ditiupkan pada telinganya sambil menyebut namanya. Buatlah dgn tenang dan penuh sabar. InsyaAllah, dia akan sedar dari pengsannya.

Petua Pelembut Hati
Bacalah ayat 200 surah Al-Imran dan ditiupkan pada muka anak-anak atau dalam air untuk di beri minum pada anak-anak, supaya mereka lembut hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah di baca sendiri oleh ibu/bapa, tak perlu mintak air jampi pada tok bomoh/pawang. Amalkan setiap hari. Elok juga di baca 3 kali atau lebih, dan di tiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum mereka tidur setiap hari.
Supaya Tidak Panas Memakan Durian
Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa durian dan minum.

Masakan Termasin
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian, basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutupkan semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah ialah memasukkan sebatang sudu besi ke dalamnya. Biarakn seketika. Air panas ini akan cepat sejuk.

Memasak Nasi Yang Mentah
Isi air dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api sehingga nasi masak.

Menurunkan Darah Tinggi
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Menghilangkan Parut
Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar.
Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Menghilangkan jururawat….eh salah, jerawat kat muka.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian
kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Merawat Kulit Berkedut
Petua : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Memutih dan Mengilatkan Gigi
Petua : Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang
kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Memerahkan Bibir
Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai
gincu

Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)