Monday, November 16, 2009

Matlamat & Falsafah Pendidikan Islam

Matlamat Pendidikan Islam
Melahirkan generasi muslim, mukmin yang terpelajar, terdidik dan bertaqwa (beriman, berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia) yang mempunyai kesedaran diri sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di bumi yang bertanggungjawab terhadap Allah dan bertanggungjawab untuk mengamarahkan bumi melalui proses pendidikan rohani, emosi, intelek, jasmani dan amali yang bersepadu dan seimbang sehingga tercapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.


Falsafah Pendidikan Islam
Mewujudkan suasana pembelajaran yang indusif melalui usaha yang terancang, terkawal dan berterusan bagi memupuk dan mengimbangi potensi ke arah melahirkan pelajar yang :
i. Cemerlang ilmu dan akhlak
ii. Bertaqwa dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama dan masyarakat.
iii. Dapat mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Visi, Misi & Cogankata Sekolah

Visi
Mendidik murid-murid supaya cemerlang dalam pelbagai aspek untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

Misi
Memberikan pendidikan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada setiap individu(murid) secara syumul dan bersedia menghadapi cabaran dalam memenuhi kehendak masyarakat.

Cogankata
Berilmu, Beramal, Barjasa

Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

Definisi konsep
Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. Persepsi yang tepat tentang akibat dan kesan perlakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mangsa buli mendapatkan bantuan pemulihan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan perlakuan buli pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan perlakuan buli secara verbal dengan kekerapan perlakuan buli secara fizikal. Perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding perlakuan buli secara fizikal. Guru dan pelajar juga sependapat bahawa mereka perlu disedarkan dan saling bekerjasama untuk mencegah dan menangani masalah perlakuan buli ini di sekolah.

Perlakuan buli secara verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mangsa buli berbanding perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan pelajar yang melihat perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli secara verbal yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering disinggung perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti dengan dikasari, dipukul, ditendang dan ditampar.

Pernyataan Masalah
Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan ibu, bapa, guru, kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Kebanyakkan mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh mereka. Ini mungkin disebabkan guru kurang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah.

Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kesrogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Sayangnya kita sering melihat sebilangan pihak hanya bertindak dengan menuding jari mencari siapa yang bersalah tanpa mengembeling tenaga dan usaha bagi mencari formula dan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anak mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapat mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, kita perlu memahami apakah punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalangan pelajar? Apakah sebenarnya yang dikatakan `buli’?

`Untuk membalas semula atau untuk membalas dendam’ merupakan alasan membuli yang paling utama menurut persepsi guru. Ini diikuti dengan alasan kerana mereka meyakitkan hati rakan, untuk menunjukkan kekuatan, untuk suka-suka, kerana mereka adalah pengecut, kerana orang lain melakukannya dan akhir sekali untuk mendapatkan sesuatu atau wang. Ini amat berbeza dengan persepsi pelajar yang menyatakan `kerana seseorang telah menyakitkan hati saya’ merupakan alasan membuli paling utama. Perbezaan pesepsi ini menunjukkan bahawa guru-guru memerlukan latihan dan pengalaman bagi memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar.


Cadangan
Guru dan pelajar perlu saling berkerjasama untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah dengan berminat untuk memperkatakan masalah perlakuan buli dengan guru-guru lain dan akhir sekali pelajar boleh mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk mengelakkan mereka daripada dibuli. Para guru mestilah mempunyai persepsi dan kesedaran yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di sekolah

Membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah. Ini dapat membantu pihak guru mengenal pasti tanda-tanda awal masalah perlakuan buli seterusnya dapat bertindak untuk mencegah dan membantu pelajar yang mengalami masalah perlakuan buli ini. Para guru perlu lebih sensitif terhadap tanda-tanda awal perlakuan buli dan laporan pelajar berkenaan perlakuan buli di sekolah. Mereka perlu cepat bertindak secara bijaksana terhadap setiap laporan dan tanda-tanda awal perlakuan buli tersebut.

Selain itu, pelajar dan guru mempunyai persepsi yang tidak bertoleransi terhadap perlakuan buli di sekolah maka dicadangkan supaya pihak pengurusan sekolah mewujudkan dasar yang tidak bertoleransi dengan perlakuan buli secara resmi di sekolah. Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan peraturan sekolah yang jelas berkenaan perlakuan buli bagi mencegah pelajar membuli dan dan dibuli. Prosedur keselamatan yang jelas juga perlu diwujudkan bagi menjamin persekitaran sekolah yang selamat.

Para pelajar juga perlu mempunyai persepsi yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di sekolah. Oleh yang demikian disarankan juga pihak sekolah menanamkan kesedaran tentang keburukan dan kesan perlakuan buli serta betapa perlunya perlakuan ini dijauhi kepada pelajar.
Mereka juga perlu dilatih dengan kemahiran-kemahiran khusus untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli.

Sebagai orang yang paling rapat sekali dengan pelajar penglibatan ibu bapa dalam setiap program intervensi yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan. Di samping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, para ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah perlakuan buli ini. Memandangkan perlakuan buli tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.

Pihak sekolah seharusnya peka dalam menyedari kewujudan masalah buli ini dan langkah dan program intervensi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah sebagai tempat yang selamat untuk memastikan program pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.Usaha yang bersepadu antara semua pihak amat penting bagi mencari punca dan menyelesaikan kemelut ini daripada merebak dan seterusnya menggagalkan hasrat dan aspirasi negara ini.